RESIDENSI PR1MA KUALA KETIL
KEJIRANAN KITA, PERSAUDARAAN KITA
Assalammualaikum dan Salam sejahtera..
Blog ini di hasilkan adalah bagi menjadi rujukan dan juga salah satu sumber penyaluran maklumat persatuan kepada ahli dan pembeli pembeli yang baru berdaftar. Malah ia juga diharapkan akan menjadi medium penyampaian yang dapat menyatukan, menguatkan, mengharmonikan seluruh pembeli rumah PRIMA kuala ketil.
Program-program yang telah dan akan di adakan oleh persatuan juga akan di kemaskini dalam Blog ini untuk semakan dan tatapan ahli ahli persatuan, malah komen dan pandangan membina dari ahli juga di alu-alukan.
PERSATUAN RESIDENSI PR1MA KUALA KETIL… telah di tubuhkan pada pertengahan tahun 2017 dan telah Berjaya berdaftar dengan ROS pada awal tahun 2018. Dengan tertubuhnya persatuan ini sekaligus dapat menyatukan pembeli pembeli rumah pr1ma kuala ketil .
Pr1ma Kuala Ketil berjumlah 323 unit rumah yang beralamat di Taman Insaniah kuala Ketil, Lokasi yang berdekatan dengan Universiti UNISHAM Kuala Ketil. Juga di tengah tengah di antara Sungai petani, Kulim dan Baling Kedah.
Terima Kasih dan selamat melayari blog ini..
Selamat Datang ke BLOG PERSATUAN RESIDENSI PR1MA KUALA KETIL.. Berslogankan KEJIRANAN KITA, PERSAUDARAAN KITA. Ini bertepatan dengan matlamat persatuan yang mahukan semua penduduk didalam kejiranan pr1ma kuala ketil bermuafakat.
Program-program yang telah dan akan di adakan oleh persatuan juga akan di kemaskini dalam Blog ini untuk semakan dan tatapan ahli ahli persatuan, malah komen dan pandangan membina dari ahli juga di alu-alukan.
Terima Kasih dan selamat melayari blog ini..
Pendaftaran AHLI PRPKK
Mendaftar sebagai ahli PRPKK
adalah amat amat penting dan semua pemilik rumah PR1MA kuala ketil perlu
mendaftar sebagai ahli,
Ini kerana persatuan akan
merapatkan lagi ukhuwah di antara pemilik atau penghuni. Memupuk semangat
kerjasama antara berbilang kaum dan
Agama. Sebarang masalah juga dapat selesaikan secara
musyawarah dan muwafakat . Persatuan juga mengadakan program program di masa-masa yang terluang.
Syarat dan Yuran ahli.
Syarat:
1.
Anda adalah
pemilik rumah PR1MA Kuala Ketil
2.
Anda adalah
penghuni atau penyewa rumah PR1MA Kuala Ketil
3.
Yuran pendaftaran
sebanyak RM30.00 seumur hidup
4.
Yuran Tahunan
RM100.00 bayaran boleh di buat dalam tempoh setahun tersebut sebelom diadakan AGM yang seterusnya (jumlah untuk tahun yang akan mendatang akan di putuskan dalam
mesyuarat AGM persatuan)
Cara pendaftaran ahli :
1.
Download borang
yang disediakan atau dapatkan secara manual dari guard post Pr1ma.
2.
Isi maklumat
keluarga
3.
Serahkan Borang
bersama Yuran anda kepada Bendahari atau mana-mana ajk persatuan
Borang Pendaftaran Ahli PRPKK
Subscribe to:
Posts (Atom)